? ??????????????Glowing Nights? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??4 Grabs Today. 3707 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Pink Burn? ????? ?? ???Rating: 4.7 (47 Ratings)??4 Grabs Today. 7172 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Spatial BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 20, 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Berikut merupakan teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan, kesabaran serta kepatuhan kepada tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh kepada prinsip yang telah ditetapkan dalam agama. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu kaedah pemantapan pemikiran tentang pendidikan di Malaysia. Falsafah ini menetapkan arah haluan yang perlu ditujui dan sebagai satu falsafah, ia dirasakan mempunyai keutuhan dan ketuhanan yang berkekalan buat sepanjang masa dalam konteks masyarakat Malaysia. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sepatutnya dijadikan teras keseluruhan pendidikan di negara ini bermula daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

0 comments: