Falsafah Pendidikan Guru merupakan satu lagi falsafah yang dirangka dan dibentuk bagi memberi tumpuan kepada pembentukan watak guru. Perwatakan guru mestilah dibentuk terlebih dahulu bagi memastikan mereka betul- betul bersedia dan berkelayakan untuk memegang satu profesion yang unggul untuk menggalas satu tugas penting iaitu mendidik anak- anak bangsa supaya menjadi seorang yang berilmu, berintelek, berkhlak baik dan sebagainya.
Jadi, memandangkan tugas yang dipikul oleh para guru merupakan satu bidang kerja yang sangat mencabar terumtamanya pada zaman sekarang di mana para pelajar semakin susah dibimbing dan dikawal segala perlakuannya. Falsafah Pendidikan Guru menggambarkan bahawa mulianya peribadi seorang guru yang telah dibentuk sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.
Mengikut Falsafah Pendidikan Guru, seorang guru mestilah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru mestilah sentiasa bersedia menerima serta menyahut segala cabaran yang disarankan oleh pemimpin utama negara. Para guru juga mestilah menjalankan tugas mereka dengan ikhlas dan mesti menunjukkan yang baik kerana setiap tingkah laku dan apa yang mereka tonjolkan akan dilihat oleh para pelajar yang masih kuarang matang dalam menentukan hala tuju dan matlamat hidup mereka.
0 comments:
Post a Comment